Ahad, 30 November 2008

PESANAN DARI PRESIDEN

Assalamualaikum w.r.t..

Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas inisiatif dan komitmen yang diberikan oleh penaung dan rakan di dalam jawatankuasa, serta ahli-ahli PERKASKA yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung di dalam Pertubuhan kita ini.

Setakat hari ini, 1/12/2008 kita telah mempunyai ahli seramai 77 orang, ini adalah maklumat secara tidak rasmi. Kita terus berusaha untuk mendapatkan seramai mungkin rakan-rakan kita yang telah lama terpisah.

Diantara objektif utama PERKASKA yang berada di dalam minda saya sebagai seorang PRESIDEN ialah untuk mewujudkan Koperasi PERKASKA sebelum tempoh jawatan saya berakhir, mewujudkan Tahfiz Raudatul Ulum untuk semua peringkat, mencipta permainan/aktiviti kearah membina minda pelajar tahfiz kepada dunia perubatan dan menjana pendapatan ahli-ahli PERKASKA dengan peluang perniagaan.

Wawasan jangka panjang saya ialah untuk melahirkan pegawai perubatan, doktor pakar yang tahfiz di dalam jangkamasa 10 tahun dan mewujudkan Hospital Islam di Malaysia dan mempunyai cawangan di negara bukan Islam.

Diharapkan harapan dan wawasan saya ini mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua ahli-ahli InsyaALLAH.

Sekian. Terima Kasih.
Ir.Mohd Alfa Shamsuri bin Mohd Wahi
Presiden PERKASKA.
1/12/2008

Rabu, 26 November 2008

Kata-kata Dari Penaung


Assalamualaikum Semua...

TERIMA KASIH kepada semua kerana memberi sokongan penuh terhadap hasrat murni kita bagi penubuhan PERKASKA ini. Saya yakin, sengan hasrat yang suci dan murni ini, insyaallah kita semua akan mendapat keberkatan Nya...

Tujuan saya menubuhkan Blog ini untuk kita berkomunikasi sementara Web PERKASKA yang sebenar belum lagi diterbitkan.

Aktiviti utama PERKASKA adalah untuk menubuhkan Pusat Tafiz iaitu DARUL ULUM. Alhamdulillah, segala persiapan untuk memulakan Tafiz ini berjalan dengan lancar. Saya kagum dengan semangat dan usaha yang ditunjukkan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik terhadap hasrat murni ini. Saya dapat lihat tidak seorang pun dari ahli jawatankuasa ini duduk berdiam diri, malah saya tahu anda semua sering mengadakan perjumpaan-perjumpaan kecil untuk berbincang hal-hal berkaitan PERKASKA. Saya banyak mewakili persatuan-persatuan lain, tetapi silaturahim dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PERKASKA adalah jauh berbeza. SYABAS!! teruskan usaha itu, insyaallah semuanya akan berjalan mengikut apa yang dirancang. Saya rasa bangga menjadi Penaung Pertubuhan ini.

JAdikanlah Blog ini sebagai tempat kita bersinggah untuk meluahkan pandangan dan idea baru supaya kita dapat mempertingkatkan dan memperbaiki lagi Pertubuhan kita ini.

Sekian Terima Kasih
Datin Normaziah Sheikh Mohamed
Wanita Ikon 2007
Penaung PERKASKA

Sabtu, 8 November 2008

PERKASKA

PERKASKA ditubuhkan oleh bekas pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Ampang tahun 1977/1982 dari kesedaran untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah serta merapatkan silaturahim diantara mereka.